BAB 1

            LOCENG sekolah berbunyi menandakan sesi persekolahan tamat. Pelajar mula berpusu menuju ke musolla untuk menunaikan solat zuhur sebelum pulang ke rumah. Rutin di Sekolah Menengah Agama Addiniah, mewajibkan semua pelajar menunaikan solat dahulu sebelum dibenarkan pulang. 

            Lateefa berjalan perlahan menuju ke pejabat di tingkat dua, ingin menghantar buku kerja kepada Cikgu Affan. Tiba di hadapan bilik guru lelaki, tangannya memegang tombol pintu untuk masuk. Namun, belum sempat pintu itu ditolak, daun pintu tiba-tiba terbuka dari dalam. Lateefa sedikit terkejut, tubuhnya segera mengundur dan memberi ruang apabila sosok seorang pelajar lelaki berbaju pusat sumber muncul di hadapannya.

        Tubuhnya segera berganjak ke kiri, memberi laluan pelajar itu keluar. “Buat apa?” soal pelajar lelaki tersebut sambil melangkah keluar dari bilik guru. Oh, Lateefa kenal, pelajar itu rakan sekelasnya, Arsyad. Jujurnya, sangat Lateefa kenal. Mereka agak dekat kerana satu keadaan yang telah menjadikan mereka rapat. Akan tetapi, Lateefa jarang bersembang dengannya kerana memang aslinya seorang Lateefa Humaira jarang bercakap dengan mana mana lelaki di sekolah. 

Lateefa menunjuk buku yang bertimbun di pegangannya membalas pertanyaan Arsyad. 

Arsyad mengangguk faham sebelum berlalu pergi meninggalkan Lateefa yang tiada tanda tanda ingin bercakap dengannya. Dia sudah cukup mengenali perempuan ini. Sangat mengenali. 

Minggu ini merupakan minggu pulang ke rumah bagi pelajar yang tinggal di asrama. Kerana itulah semua pelajar dengan pantas melangkah ke musolla untuk menunaikan solat, kerana sudah tidak sabar mahu pulang ke rumah apatah lagi yang sudah melihat kelibat kenderaan ibu bapa mereka yang sudah terpakir di luar sekolah ingin menjemput anaknya pulang. 

        "Tifa, awak balik dengan apa hari ini?" soal Aiza sambil melipat telekung sesudah solat. 

        "Train." jawabnya sibuk mengemaskan lipatan telekung. 

        "Oh, nanti Cikgu Aina hantar ya?" Lateefa hanya mengangguk kecil sambil tersenyum. 
        
        "Okay lah, saya dah siap! Saya balik dulu, hati hati balik, Tifa!" Riang suara Aiza sambil melambai tangannya. Lateefa melambai kembali sambil tersenyum menghantar Aiza sebelum dia turut melangkah pulang, tidak mahu Cikgu Aina menunggu lama untuk menghantarnya ke stesen keretapi. 


Comments

Popular posts from this blog

BAB 2